Assalamualaikum Wr. Wb

Senin, 18 Juni 2012

Karomah Abah Anom 10 : SANG GURU DALAM ILMU KEBATHINAN REBAH

Seorang kiyai dan juga Mahaguru Ilmu Kebathinan buat pertama kali ke Suryalaya pada tahun 90han dengan niat mencuba kebolehan Abah Anom , rebah apabila sudah berada di hadapan Abah. Setelah beliau bangun buat kali kedua dan membuat percubaan serangan kali keduanya , juga rebah dan begitulah kali ke tiganya.



Begitulah ceritanya Kiyai Zezen apabila ditanya ketika tujuan ke Suryalaya kali pertamanya. Kini beliau sudah insaf dan bertaubat dari mengamalkan ilmu yang pada awalnya di sangka baik, kerana di ambil dari para kiyai-kiyai di Banten. Beliau terus minta dari Pengersa Abah untuk diberikan baiƔh Thoriqah dan Zikirnya. Tidak berapa kemudian Kiyai Zezen ini di angkat jadi wakil talqin Abah, sekarang ini dipilih jadi Ketua Para Mubaligh Pondok Pesantren Suryalaya, di mana di bawahnya terkumpul 800 lebih para kiyai bergerak dengan dakwah atas pemerhatiannya. Beliau ada terjemahkan kitab Sheikh Abdul Qadir Jailani berjudul 'Sirul Asror' ke bahasa Indonesia / Melayu.


Tidak ada komentar:

Posting Komentar